AMD pastinya akan memperkemaskan lagi barisan produk GPU keluarannya bukan saja untuk mengurangkan jurang sebaliknya menewaskan Nvidia bagi penguasaan GPU dalam tempoh sedekad.
AMD pastinya akan memperkemaskan lagi barisan produk GPU keluarannya bukan saja untuk mengurangkan jurang sebaliknya menewaskan Nvidia bagi penguasaan GPU dalam tempoh sedekad.
Muhammad Saufi Hassan


PEMILIHAN unit pemproses grafik (GPU) pada hari ini tidak tertumpu kepada produk keluaran Nvidia saja apabila syarikat pengeluar pemproses terkemuka,

Advanced Micro Devices (AMD) turut menawarkan perkakas yang sama malah ditawarkan dengan harga yang lebih rendah.

Ia adalah kekuatan AMD dari awal lagi sehinggakan syarikat berkenaan mampu untuk mengatasi Intel tahun lalu untuk segmen pengeluar pemproses dan kali ini, syarikat berkenaan mengorak langkah apabila mengurangkan jurang perbezaan dalam segmen GPU.

Penguasaan bagi segmen GPU pasti lebih hangat apabila pencabar terdekat Nvidia iaitu AMD bakal melancarkan dua lagi produk pada tahun ini.

AMD dikatakan bakal melancarkan ‘pembunuh RTX’ menerusi beberapa kad grafik mereka iaitu RX 5500XT, RX 5600XT dan RX 5700XT yang sudah dilancarkan manakala dua lagi GPU akan dilancarkan iaitu RX 5800XT dan RX 5900XT.

Menyentuh aspek spesifikasi, AMD Radeon RX 5600XT menggunakan rekaan 7nm RDNA sama seperti dua kad grafik lain keluaran syarikat itu, RX 5500XT dan RX 5700XT yang menawarkan kuasa pemproses grafik lebih baik.

Jika anda seorang kaki ‘games’ yang hanya bermain dalam resolusi 1080p dengan pengubah suai diletakkan dalam mod tinggi atau ultra

(ultra/high setting), penulis mencadangkan supaya melihat Radeon RX 5600XT.

AMD Radeon RX 5600XT menggunakan rekaan 7nm RDNA sama seperti dua kad grafik lain.
AMD Radeon RX 5600XT menggunakan rekaan 7nm RDNA sama seperti dua kad grafik lain.

Kad ini menggunakan pemproses jaluran sebanyak 2,304 iaitu jumlah cip pemproses yang sama digunakan untuk kad peringkat atas iaitu RX 5700 dan pastinya pengguna akan memperoleh keupayaan kesan grafik lebih baik untuk resolusi 1080p.

Ia menawarkan kapasiti video memori (VRAM) sebanyak 6GB dengan 192 bit sesuai untuk permainan dalam resolusi 1080p namun kad ini akan sedikit bergelut jika pengguna menggunakan resolusi 2K.

Menyentuh aspek prestasi, penulis menggunakan penanda aras melalui 3DMark 11 dan secara keseluruhannya, Radeon RX 5600XT adalah juara baru untuk segmen kelas pertengahan.

GPU keluaran AMD berkenaan berjaya menewaskan pencabar untuk segmen kelas pertengahan iaitu Nvidia GeForce RTX 2060 sebanyak 13 peratus.

Bagi permainan Metro Exodus dengan pengaturan Ultra, AMD Radeon RX 5600 XT mencatatkan prestasi lima peratus lebih cepat berbanding RTX 2060 dan 20 peratus lebih cepat daripada GeForce GTX 1660 Ti.

AMD pastinya akan memperkemaskan lagi barisan produk GPU keluarannya bukan saja untuk mengurangkan jurang sebaliknya menewaskan Nvidia bagi penguasaan GPU dalam tempoh sedekad lagi.

METRO Exodus dengan pengaturan Ultra, AMD Radeon RX 5600 XT mencatatkan prestasi lima peratus lebih cepat berbanding RTX 2060 dan 20 peratus lebih cepat daripada GeForce GTX 1660 Ti.
METRO Exodus dengan pengaturan Ultra, AMD Radeon RX 5600 XT mencatatkan prestasi lima peratus lebih cepat berbanding RTX 2060 dan 20 peratus lebih cepat daripada GeForce GTX 1660 Ti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 6:30 AM
Digital NSTP Subscribe