Intel umum tarik diri daripada MWC20 susulan ancaman Koronavirus.
Muhammad Saufi Hassan


Kongres Mudah Alih Sedunia 2020 (MWC20) bakal menjadi ekspo teknologi tahunan paling suram sejak penganjurannya apabila Intel petang tadi mengumumkan untuk menarik diri susulan ancaman Koronavirus.

Sebelum ini, LG, Ericsson dan Nvidia turut menarik diri daripada penyertaan pameran teknologi tahunan berkenaan kerana enggan mengambil risiko berikutan penularan virus berkenaan.

Berdasarkan satu kenyataan media, Intel menegaskan bahawa tindakan syarikat itu untuk menarik diri adalah faktor keselamatan dan tidak mahu mengambil sebarang risiko.

“Aspek keselamatan dan kesihatan pekerja kami menjadi keutamaan paling utama dan kami dengan berat hati mengumumkan untuk menarik diri daripada MWC20 pada tahun ini,” kata jurucakap syarikat berkenaan dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Sebuah lagi syarikat berpangkalan di Jepun iaitu NTT Docomo turut mempertimbangkan keputusan untuk menyertai MWC20 dan mereka bakal mengikut keputusan beberapa syarikat lain yang mengundur diri.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 8:57 PM