LOGO Vodafone pada Mobile World Congress di Barcelona. FOTO FAIL Reuters
AFP

Barcelona: World Mobile Congress yang menjadi acara pameran komunikasi mudah alih utama dunia dijangka berlangsung di sini, antara 24 hingga 27 Februari, dibatalkan.

Ia selepas penganjur bermesyuarat susulan kebimbangan global berhubung penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Penganjur dalam kenyataannya berkata, keputusan berikutan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan di Barcelona, dan Sepanyol sebagai negara tuan rumah.

Beberapa jam sebelum keputusan itu, Vodafone, Nokia, Deutsche Telekom, BT (dari Britain), Rakuten (dari Jepun), mengumumkan untuk menarik diri.

Ia mengikut jejak Intel, Facebook, Cisco dan Vivo (dari China).

Setakat ini, Sepanyol merekodkan dua kes Covid-19.

Pameran tahunan di sini itu lazimnya menarik kunjungan 100,000 orang termasuk antara 5,000 dan 6,000 pengunjung dari China.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 9:08 AM