X
LOGO Apple. FOTO Reuters
LOGO Apple. FOTO Reuters
Muhammad Saufi Hassan


BEKALAN peranti keluaran Apple terutamanya iPhone mungkin terjejas seluruh dunia akibat penularan Covid-19 sekali gus memberi kesan langsung kepada kewangan syarikat berkenaan.

Menerusi satu kenyataan media, Apple menyatakan bahawa kesan Covid-19 yang melanda dunia hari ini memberi kesan kepada syarikat berkenaan walaupun proses pengeluaran sudah dimulakan semula selepas penutupan untuk suatu tempoh masa.

Apple menyatakan bahawa walaupun pengeluaran sudah dimulakan semula tetapi ia masih dalam kadar perlahan berbanding apa yang dijangkakan sebelum ini.

Selain itu, permintaan produk syarikat berkenaan bagi pengguna di China juga turut terkesan akibat penularan wabak berkenaan.

Pada masa sama, Apple menjelaskan bahawa sasaran jualan untuk suku pertama tahun ini akan dikongsi menjelang April dan syarikat berkenaan sentiasa memantau keadaan semasa.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 12:39 PM