Muhammad Saufi Hassan

PENGGUNA aplikasi pelayar Google Chrome disarankan untuk melakukan kemas kini terbaru memandangkan aplikasi berkenaan mengalami kecacatan kritikal untuk versi terdahulu.

Google memaklumkan bahawa pihaknya menemui tiga kecacatan kritikal dalam aplikasi pelayar Google Chrome sekali gus meningkatkan risiko penggodaman oleh pihak ketiga.

Pepijat di dalam pelayar terbabit boleh mengakibatkan kod aplikasi berkenaan dieksploitasi dan wujud kemungkinan serangan daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Syarikat gergasi berkenaan mengakui wujud kecacatan di dalam aplikasi mereka dan mencadangkan kepada pengguna untuk membuat kemas kini versi terbaru.

Kemas kini berkenaan akan membaiki kecacatan kritikal di dalam pelayar terbabit dan mengurangkan risiko berlaku serangan siber atau kecurian data peribadi pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 6:19 PM
Digital NSTP Subscribe