ASUS RT-AX56U menawarkan jaringan WiFi 6 untuk peranti sokongan, sekali gus kestabilan jaringan Internet.
ASUS RT-AX56U menawarkan jaringan WiFi 6 untuk peranti sokongan, sekali gus kestabilan jaringan Internet.
Muhammad Saufi Hassan


MASALAH utama jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) adalah tidak mampu untuk menawarkan kelajuan sambungan yang stabil dan ia mengganggu mutu permainan terutama bagi pengguna yang bergantung kepada sokongan WiFi.

Ia mungkin menjadi masalah yang agak biasa bagi pengguna Internet fiber atau kaki ‘games’ berdepan isu kelajuan Internet tidak stabil atau pun bacaan kelajuan tidak sama dengan pakej fiber yang dilanggan.

Wujud beberapa kemungkinan berlaku masalah berkenaan dan isu paling utama adalah penghala tidak mampu untuk memberikan kelajuan Internet yang sepatutnya atau dipanggil sebagai (band bottleneck).

Bagi senario lain, peranti anda mempunyai sokongan jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) 6 dan ia mampu untuk menawarkan kelajuan Internet lebih stabil.

ASUS memperkenalkan penghala Internet tanpa wayar (WiFi) generasi baharu keluarannya yang menyokong sambungan lebih pantas dan stabil termasuk merangkumi jumlah keluasan yang besar.

Bacaan
Bacaan

Penulis menguji penghala ASUS RT-AX56U dan ia didatangkan dengan sokongan WiFi 6, sekali gus mampu untuk menawarkan kelajuan Internet berbanding sistem terdahulu.

Penghala ini boleh dikategorikan sebagai mampu milik yang dikuasakan dengan pemproses 1.5Ghz Teras Kuad Broadcom BCM6755 dengan kapasiti memori 512MB.

Kelas penghala AX1800 menawarkan kelajuan melebihi 574Mbps untuk jaringan 2.4Ghz dan 1,201Mbps bagi frekuensi 5Ghz.

ASUS RT-AX56U ini sesuai untuk kawasan rumah yang besar memandangkan jangkauan jaringan yang luas tidak mengira struktur binaan dan pastinya ia pilihan pengguna.

Penghala ini juga berkeupayaan untuk teknologi sambungan AiMesh dan turut dilengkapi pelindungan ‘AiProtection’ untuk keselamatan pengguna.

Bacaan
Bacaan

Konfigurasi penghala ini juga amat mudah dan pengguna hanya perlu mendapatkan kata laluan daripada penyedia perkhidmatan Internet Fiber seperti TM dan boleh melakukan pemasangan sendiri.

Secara keseluruhannya, penulis amat kagum dengan keupayaan prestasi yang ditawarkan selain kestabilan prestasi yang sangat baik jika pengguna mempunyai peranti yang menyokong WiFi 6.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 6:11 AM
Digital NSTP Subscribe