PENGGUNAAN peranti canggih dan terkini merupakan satu keperluan pada era globalisasi ini.

Kebanyakan individu sudah pasti menginginkan komputer riba yang canggih dan pada masa sama boleh dimiliki pada harga berpatutan.

Kini, dengan model HUAWEI Matebook D 15, anda boleh memperolehi peranti dengan kualiti premium tanpa kos membebankan. Apa keistimewaan HUAWEI Matebook D 15?

HUAWEI MateBook D 15 didatangkan dengan warna perak metalik dan kemasan futuristik ini sudah pasti menonjolkan imej elegan kepada pengguna.

Dengan berat 1.53kg dan berketebalan lebih kecil dari 17mm, ia amat mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Teknologi 'One-Click Fingerprint Login' digunakan HUAWEI MateBook D15

Antara ciri premium dimiliki oleh HUAWEI Matebook D 15 ialah 'One-Click Fingerprint Login', ia membolehkan anda menggunakan cap jari untuk membuka dan menutup sistem peranti.Masalah terlupa kata laluan tidak akan menjadi isu lagi dengan ciri 'One-Click Fingerprint Login' ini.

Ciri paparan skrin yang terdapat pada HUAWEI MateBook D 15 ini membolehkan anda melihat isi kandungan menerusi 87 peratus skrin paparan penuh.

Hadir dengan resolusi IPS FullView display 1920 X 1080, skrin ratio 16:9, sudah pasti memberi pengalaman berbeza ketika menonton cerita mahupun bermain permainan dengan multimedia canggih.

Selain itu,HUAWEI Matebook D 15 turut didatangkan dengan ciri 'FullView Display-Blue Light' iaitu 'TUV Rheinland' untuk melindungi mata daripada radiasi berbahaya.

Konfigurasi hardware HUAWEI Matebook D 15 merupakan versi AMD, ia menggunakan pemproses Ryzen 5 3500U terkini dan kad grafik Radeon Vega 8 Graphics bersepadu yang menghasilkan prestasi berkuasa dengan fleksibiliti hiburan luar biasa.

Siri ini juga dilengkapi dengan PCIe SSD3 dan 8GB binaan dwisaluran DDR4 RAM yang membantu anda menaip dan membaca 50 peratus lebih pantas berbanding saluran memori tunggal.

Mempunyai fungsi dua peranti dalam satu skrin, ia membolehkan HUAWEI MateBook D 15 dan telefon pintar HUAWEI berkongsi skrin, sekaligus berupaya memindahkan fail dan melihat senarai kenalan dengan lebih jelas di paparan komputer riba.

ImagePerlindungan privasi dengan HUAWEI MateBook D15

Risau mengenai privasi anda? Kamera tersembunyi di antara butang F6 dan F7 bercirikan 'pop up' dan hanya berfungsi apabila anda menekan butang gambar kamera

Apa yang lebih menarik, HUAWEI MateBook D 15 menggunakan pengecas Type C yang membolehkan anda berkongsi wayar USB dengan telefon pintar HUAWEI.

Pengecas ini juga memberikan perlindungan 'overheat' dan secara automatik menyekat kuasa elektrik untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Percaya atau tidak, anda boleh mendapatkan HUAWEI MateBook D 15 yang berciri premium ini dengan hanya RM 2,499 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang HUAWEI

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 11:42 AM
Digital NSTP Subscribe