PEMPROSES Apple dominasi lima kedudukan terbaik. - FOTO Google
PEMPROSES Apple dominasi lima kedudukan terbaik. - FOTO Google
Muhammad Saufi Hassan

KEUPAYAAN sesebuah peranti baharu banyak bergantung kepada padanan perkakasan dan kuasa pemproses untuk memberi prestasi terbaik sepanjang masa terutama ketika melaksanakan pelbagai tugasan dalam satu-satu masa.

Pemproses ini umpama jantung bagi sesebuah peranti dan ia akan menentukan prestasi semasa sesebuah telefon pintar, tablet, komputer atau sebarang bentuk perkakasan moden hari ini.

Minggu ini, #ITMetro akan melihat kepada segmen pemproses mudah alih yang digunakan dalam telefon pintar memandangkan ia lebih dekat dengan pengguna dan boleh dijadikan panduan untuk membeli peranti baharu.

Bagi segmen ini, mungkin ramai yang mengetahui keupayaan pemproses Qualcomm Snapdragon yang menghasilkan pelbagai variasi pemproses termasuk beberapa jenama lain antaranya Samsung menerusi barisan jenama pemproses Exynos dan HiSilicon (Kirin).

Syarikat terkemuka, Apple turut mengeluarkan pemproses mereka sendiri yang dikenali dengan kod nama 'AXX Bionic' dan pemproses ini adalah sangat berkuasa dan digunakan dalam kebanyakan peranti mercu keluaran syarikat berkenaan.

Kedudukan prestasi untuk pemproses memperlihatkan keupayaan Apple apabila komponen penting mereka iaitu pemproses Apple mendominasi lima kedudukan terbaik.

BEBERAPA pengeluar pemproses masih berada jauh di belakang Apple terutama membabitkan peranti kelas mercu. - FOTO Google
BEBERAPA pengeluar pemproses masih berada jauh di belakang Apple terutama membabitkan peranti kelas mercu. - FOTO Google

Dua daripadanya adalah pemproses Apple A13 Bionic di tempat pertama manakala tempat ketiga Apple A12 Bionic.

Ia menunjukkan bahawa peranti Apple mempunyai keupayaan mengagumkan untuk pemproses bagi peranti mereka dan tidak hairan peranti keluaran mereka tidak mempunyai masalah untuk kepelbagaian tugasan.

Berdasarkan kedudukan itu, Apple A13 Bionic mencatatkan markah untuk takat ujian pemproses teras tunggal sebanyak 5,415 mata manakala untuk ujian pelbagai teras merekodkan 13,769 mata.

Tempat kedua adalah Qualcomm Snapdragon 865 iaitu generasi terbaru pemproses keluaran syarikat berkenaan dan dikategorikan sebagai pemproses kelas tinggi sama seperti dua pemproses Apple yang lain.

PEMPROSES umpama jantung bagi sesebuah peranti. - FOTO Google
PEMPROSES umpama jantung bagi sesebuah peranti. - FOTO Google

KEUPAYAAN peranti diukur sejauh mana pemproses mampu untuk melaksanakan kepelbagaian tugas dalam satu-satu masa. - FOTO Google
KEUPAYAAN peranti diukur sejauh mana pemproses mampu untuk melaksanakan kepelbagaian tugas dalam satu-satu masa. - FOTO Google

Snapdragon 865 merekodkan mata 4,322 untuk teras tunggal iaitu kurang 1,093 mata daripada pemproses Apple A13 Bionic dan ia satu jurang yang sangat luas untuk prestasi teras tunggal.

Bagi kepelbagaian teras pula, Snapdragon 865 mencatatkan 13,381 mata dan ia kurang sebanyak 388 mata.

Analisis menunjukkan bahawa pemproses Apple sangat cemerlang bagi teras tunggal apabila mencatatkan mata jauh lebih tinggi daripada mana-mana pemproses, malah Apple A12 Bionic iaitu pemproses generasi terdahulu juga mengalahkan Snapdragon 865 untuk prestasi teras tunggal.

Kedudukan ketiga, Apple A12 Bionic dengan teras tunggal 4,774 mata dan pelbagai teras 11,480 mata. Tempat keempat adalah HiSilicon Kirin 990 (3681) (11,483) dan kelima adalah Samsung Exynos 990.

Pemerhatian pakar industri menyatakan bahawa pemproses keluaran Apple memiliki dua hingga tiga tahun teknologi di hadapan dan pencabar mereka memerlukan ujian penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang cukup baik jika mahu menewaskan syarikat berkenaan.

Ia juga menunjukkan bahawa Apple bukan saja memiliki kualiti peranti yang baik, malah keupayaan pemproses mereka tidak boleh dipertikaikan lagi apabila sering menerajui kedudukan prestasi untuk kelas pemproses mudah alih.

PEMPROSES Apple A13 Bionic catat rekod markah tertinggi untuk tugasan teras tunggal dan pelbagai teras. - FOTO Google
PEMPROSES Apple A13 Bionic catat rekod markah tertinggi untuk tugasan teras tunggal dan pelbagai teras. - FOTO Google

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2020 @ 7:00 AM