Radeon Pro VII
Radeon Pro VII
Muhammad Saufi Hassan


SYARIKAT pengeluar pemproses terkemuka, Advanced Micro Devices (AMD) melancarkan kad grafik berprestasi tinggai iaitu Radeon Pro VII yang menawarkan kapasiti memori video (VRAM) 16GB.

Kad grafik berkenaan dikategorikan dalam kelas prestasi profesional sesuai untuk komputer 'workstation' bagi melaksanakan proses sintesis video serta animasi untuk skala industri.

Radeon Pro VII menawarkan keupayaan 6.5 TFLOPS dengan sistem VRAM 16GB daripada rekaan HBM2 termasuk padanan 'bandwidth' 1TB.

Ia adalah usaha agresif AMD untuk mencabar Nvidia untuk merapatkan jurang keperluan industri semasa termasuk perisian yang lebih kompleks dalam 'kejuruteraan bantuan komputer' (CAE).

Pemain industri menyifatkan bahawa usaha terkini AMD itu bakal mencabar kedudukan Nvidia sebagai 'raja' dalam segmen kad grafik untuk kegunaan permainan dan industri.

Selepas AMD berjaya menguasai segmen pemproses, syarikat itu dilihat giat merapatkan jurang bagi segmen pemproses grafik dan semakin agresif dengan penawaran kad grafik siri RX5000 untuk kelas pengguna dan terbaru, Radeon Pro VII bagi kelas industri.

Sesuai dengan kelas industri, kad grafik berkenaan mempunyai tanda harga sekitar RM7,500 dan menawarkan spesifikasi paling maju untuk kelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2020 @ 9:41 PM