Huawei P40 Pro+
Huawei P40 Pro+
Oleh Muhammad Saufi Hassan


PENGGUNA kini boleh mendapatkan dua peranti yang ditunggu-tunggu dengan keupayaan jaringan 5G iaitu Huawei P40 Pro+ dan Huawei MatePad Pro 5G yang secara rasmi sudah mula dijual pada hari ini.

Kedua-dua peranti berkenaan berkeupayaan untuk jaringan termaju berkenaan sekali gus pengguna dapat menikmati kelajuan sistem jaringan terutamanya dalam aspek prestasi peranti serta reka bentuk terkini yang dinamik.

Peranti berkenaan dikuasakan pemproses generasi baharu Kirin 990 dengan cip terbina 5G Huawei dan ia adalah peranti pintar sekali gus memberi pengalaman terbaik buat pengguna.

Untuk membawa pengguna ke masa depan bagi pengalaman penuh 5G, Huawei menawarkan kedua-dua peranti berkenaan sebagai pakej ‘Kombo Perniagaan’ (Business Bundle) dengan harga RM22.73 sehari serta merasai sendiri ekosistem pintar milik syarikat gergasi berkenaan iaitu Huawei Share.

#ITMetro akan memberikan beberapa ciri khusus bagi pengguna yang mempunyai dua peranti berkenaan.

1. Lupakan kabel, ekosistem pintar Huawei Share

Huawei bijak menawarkan ekosistem pintar kepada pengguna dan kebanyakan pengguna hari ini lebih cenderung untuk memilih peranti yang menawarkan ekosistem pintar. Menerusi Huawei Share, pengguna tidak lagi perlu mengikuti prosedur remeh seperti memuat naik sesuatu fail di peranti A dan memuat turun di peranti B. Dengan satu sentuhan, pengguna boleh mengakses sebarang fail di peranti P40 Pro+ dan MatePad Pro 5G. Kaedahnya mudah iaitu pengguna perlu menyeret dan melepaskan umpama kaedah copy-paste dan segala fail boleh diakses di mana-mana peranti. Pengguna boleh memindahkan gambar di telefon dengan lancar dan terus melihatnya di tablet Huawei yang menawarkan paparan penuh 10.8 inci termasuk pengalaman bunyi binaan Harman Kardon.

2. Lupakan wayar pengecas yang pelbagai

Mungkin pengguna sudah rimas untuk membawa pelbagai wayar pengecas. Contohnya, pengguna mempunyai tiga peranti dan setiap satunya mempunyai satu pengecas. Bayangkan betapa berseliratnya beg anda. Namun, menerusi peranti Huawei P40 Pro+ dan MatePad Pro 5G, pengguna boleh berkongsi pengecas krana kedua-dua peranti itu menyokong pengecasan pantas 40W termasuk pengecasan berbalik.

3. Huawei tawar 50GB storan awanan secara percuma

Mempunyai peranti yang menawarkan lensa mengagumkan sememangnya membuatkan pengguna mahu merakam serta menyimpan pelbagai gambar. Namun, setiap gambar berkenaan mempunyai saiz fail yang besar. Untuk itu, pengguna ditawarkan melakukan penyelarasan storan awanan sebanyak 50GB secara percuma oleh Huawei. Selain itu, Huawei juga menawarkan pelbagai barangan eksklusif untuk pengguna yang membeli dua peranti kombo berkenaan bernilai RM1,300 kesemuanya. Ia termasuk akses Huawei Video VIP, storan awanan, papan kekunci magnetik dan Huawei M Pencil secara percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2020 @ 11:55 PM