X
PENCETAK HP Neverstop Laser MFP 1200W menawarkan pakej fungsi terbaik untuk kelas pencetak pertengahan.
PENCETAK HP Neverstop Laser MFP 1200W menawarkan pakej fungsi terbaik untuk kelas pencetak pertengahan.
Muhammad Saufi Hassan

PENGGUNA hari ini memerlukan pelbagai peranti untuk tugasan harian mereka terutama mesin pencetak memandangkan ia penting untuk produktiviti harian termasuk era baharu pembelajaran hari ini yang memerlukan pelajar mencetak sebarang tugasan atau pembentangan yang akan dilaksanakan.

Kriteria utama yang semestinya diambil berat oleh pengguna adalah keupayaan mesin pencetak dan teknologi pencetak menggunakan peranti mudah alih kerana ia penting serta memudahkan pengguna tanpa perlu menghidupkan komputer atau laptop, sebaliknya boleh mencetak menerusi WiFi Direct saja.

Untuk semua kriteria yang baik, penulis mencadangkan pencetak jenis HP Neverstop Laser MFP 1200W kerana mempunyai semua keupayaan berkenaan tambahan pula ia reka bentuk minimal yang memudahkan pengguna untuk meletakkan di mana saja ruangan.

Jika berdasarkan kepada kelas pencetak ini, ia diklasifikasikan sebagai pencetak kelas pertengahan namun menawarkan kepelbagaian fungsi untuk pengguna dan pembelian yang sangat berbaloi.

Rekaan minimal ini kelihatan kemas apabila pengguna boleh memuatkan kertas A4 di ruang penyimpanan tertutup di bahagian bawah.

Pencetak HP Neverstop Laser MFP 1200W ini mempunyai tiga fungsi utama iaitu mencetak, melakukan salinan digital dan sistem imbasan yang diletakkan di bahagian atas bertutup manakala meter bacaan aras dakwat diletakkan di bahagian depan dengan rekaan unik mempunyai tiga jalur.

Paling utama adalah pemasangan pencetak jenis ini tidak memerlukan pengguna mengetahui aras pengetahuan teknikal yang mendalam

ia hanya berkonsep 'Plug and Play' dan tanpa muat turun perisian pencetak ini masih boleh berfungsi serta mencetak dengan baik.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi menerusi telefon pintar untuk membuat sebarang tetapan atau pengubahsuaian mengikut tugas.

Penulis pernah menggunakan beberapa jenama pencetak sebelum ini dan ringkasnya, pemasangan HP Neverstop Laser MFP 1200W adalah yang paling mudah dengan cara pengguna hanya perlu melakukan sambungan USB kepada

komputer atau laptop, menghidupkan pencetak berkenaan dan menunggu beberapa minit untuk pencetak melakukan pemasangan kepada sistem operasi.

Langkah untuk memuat dakwat semula juga sangat mudah apabila pengguna hanya perlu membeli kit penambahan dakwat yang berbentuk silinder dan memasukkan kepada slot dakwat.

Kit berkenaan umpama sebuah picagari yang mengandungi dakwat dan pengguna hanya melakukan aturan mudah untuk mengisi semula tangki dakwat.

Namun, tidak perlu bimbang kerana 'toner' sedia ada mampu untuk melakukan cetakan sebanyak 5,000 keping kertas dan pastinya ia satu jumlah yang besar serta memakan masa berbulan-bulan untuk menghabiskan satu kitaran dakwat.

Kaedah berkenaan adalah sangat unik berbanding langkah pengisian dakwat konvensional yang memerlukan pengguna membuka pencetak atau mengotori tangan.

Menerusi pencetak HP Neverstop Laser MFP 1200W, langkah mudah dan ia selesai dalam masa beberapa minit saja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 6:45 AM