REDMIBOOK Air 13
REDMIBOOK Air 13
Muhammad Saufi Hassan

SYARIKAT pengeluar telefon pintar mampu milik, Redmi melancarkan sebuah lagi laptop yang dikenali sebagai RedmiBook Air 13 yang dikuasakan dengan pemproses Intel Core i5 generasi ke-10 bersama keupayaan memori (RAM) 16GB.

Redmi bakal membuat pelancaran laptop kelas permainan mereka tidak lama lagi dan ia adalah satu inisiatif besar untuk syarikat berkenaan memasuki segmen pasaran peranti mudah alih untuk kelas permainan.

Menyentuh aspek spesifikasi RedmiBook Air 13 ini, ia akan ditawarkan dalam beberapa variasi berbeza dan memiliki jumlah storan 512GB SSD bersama ukuran 13.3 inci keluasan skrin.

Untuk paparan pula, peranti mudah alih ini mempunyai resolusi 2560 x 1600 piksel dan dilengkapi dengan keupayaan 'pemalapan' (DC Dimming) dengan kadar kecerahan warna pada 300 nits.

Lebih menarik apabila RedmiBook Air 13 menyokong beberapa teknologi terkini seperti jaringan WiFi 6 namun peranti berkenaan baru dilancarkan di China dan tidak dapat dipastikan sama ada Redmi akan membawa peranti berkenaan untuk dipasarkan di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 5:26 PM