Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Pengguna telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Apple, iOS 9 serta Android 4.0.3 ke bawah akan menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi mesej paling popular berkenaan.

  WhatsApp akan menghentikan sokongan kepada peranti menggunakan sistem operasi berkenaan bermula 1 Januari ini dan pengguna tidak boleh mengakses sebaik versi baharu itu dilancarkan.

  Pembangun aplikasi berkenaan akan melancarkan kemas kini baharu dan menghentikan sokongan kepada variasi sistem operasi lama.

  Bagi peranti keluaran Apple, sebilangan iPhone tidak boleh mengakses aplikasi itu adalah model iPhone 4 dan sebelumnya.

  Untuk peranti iPhone 4S, 5, 5S, 6 dan 6S yang dikeluarkan sebelum iOS9, tetapi masih boleh menyokong sistem operasi berkenaan.

  Sistem operasi untuk Android juga tidak terkecuali apabila WhatsApp menghentikan sokongan untuk versi 4.0.3.

  Pembangun aplikasi itu juga mengingatkan kepada pengguna untuk melaksanakan simpanan mesej bagi peranti yang terjejas.

  Langkah itu juga dibuat untuk memaksimumkan pengalaman pengguna dan mengelakkan gangguan bagi pengguna yang masih melancarkan aplikasi berkenaan pada peranti lama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2020 @ 3:20 PM