SNAPDRAGON 480 didatangkan dengan cip binaan jaringan telekomunikasi Generasi Kelima (5G).
SNAPDRAGON 480 didatangkan dengan cip binaan jaringan telekomunikasi Generasi Kelima (5G).
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Syarikat pengeluar pemproses terkemuka, Qualcomm sebentar tadi mengumumkan cip pemprosesan baharu mereka iaitu Snapdragon 480.

  Ia adalah cip pemproses kelas permulaan yang bakal digunakan untuk peranti pintar kelas berkenaan pada masa depan.

  Pemproses Snapdragon 480 didatangkan dengan cip binaan jaringan telekomunikasi Generasi Kelima (5G).

  Ia sekali gus menjadikan cip pertama menerusi siri Snapdragon 400 yang dilengkapi dengan cip berkenaan.

  Menyentuh aspek spesifikasinya pula, Snapdragon 480 dibina menerusi teknologi 8nm selain menyokong Quick Charge 4+ dan sokongan paparan sehingga 120Hz pada resolusi Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+).

  Pemproses itu menawarkan kuasa pemproses dua teras berasaskan kepada cip A76 dengan talaan kelajuan 2Ghz dan enam teras sehingga 1.8Ghz.

  Berdasarkan pengumuman berkenaan Qualcomm menyatakan bahawa Snapdragon 480 ini menawarkan kuasa tambah baik berbanding siri sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2021 @ 1:21 AM