WHATSAPP (kiri) antara aplikasi paling banyak dimuat turun pada 2020. FOTO EPA
WHATSAPP (kiri) antara aplikasi paling banyak dimuat turun pada 2020. FOTO EPA
ETX Studio

SEBANYAK 218 bilion aplikasi telefon pintar dimuat turun oleh pengguna seluruh dunia pada 2020 iaitu peningkatan 7 peratus.

Menurut laporan 'State of Mobile 2021' oleh App Annie, jumlah itu sekaligus mencatat rekod baharu.

Katanya, China sahaja menyumbang 44 peratus daripada jumlah muat turun dengan 96.2 bilion untuk 2020, diikuti India (24.2 bilion), Amerika Syarikat (13.3 bilion) dan Brazil (10.1 bilion).

Menurut laporan itu juga, pengguna di Perancis memuat turun 2.15 bilion aplikasi tahun lalu, mengalahkan Itali (1.7 bilion) dan Sepanyol (1.4 bilion), tetapi tidak melebihi United Kingdom (2.4 bilion) atau Jerman (2.2 bilion).

Aplikasi paling banyak dimuat turun pada 2020 adalah TikTok, Facebook, WhatsApp dan Zoom.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 6:32 PM