MAXIS Berhad memperkenalkan penghala generasi baharu iaitu WiFi 6
MAXIS Berhad memperkenalkan penghala generasi baharu iaitu WiFi 6
Muhammad Saufi Hassan


PENYEDIA rangkaian telekomunikasi terkemuka, Maxis Berhad memperkenalkan penghala generasi baharu iaitu WiFi 6 sekali gus meningkatkan pengalaman jalur lebar fiber untuk pelanggan.

Menerusi penghala WiFi 6 berkenaan, pelanggan dapat menjangkakan kelajuan yang lebih pantas dan kesalinghubungan yang lebih baik dengan liputan isyarat yang luas.

Ia juga akan meningkatkan pengalaman ketika aktiviti muat turun, muat naik dengan kapasiti fail besar, penstriman filem dan permainan resolusi 4K.

Penghala baharu itu juga mendapat perakuan EasyMesh yang membolehkan pelanggan memperluaskan rangkaian WiFi dengan menambah unit mesh pilihan pengguna.

Ketua Pengguna Maxis, Arjun Varma berkata, penggunaan data dan jumlah peranti yang disambungkan di rumah sudah meningkat terutamanya ketika situasi terkini.

"Penyambungan fiber kediaman memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.

"Keperluan untuk WiFi kediaman yang berkualiti dan boleh dipercayai amat diperlukan kini bagi menyesuaikan gaya hidup dan tingkah laku pengguna kami.

"Kami terus menilai keperluan pelanggan dan kami ingin memastikan bahawa mereka mempunyai pengalaman fiber terbaik dengan penawaran router WiFi 6 terkini," katanya.

Beliau berkata, ia adalah contoh yang jelas daripada komitmen Maxis untuk menyatukan teknologi terbaik untuk membolehkan pelanggan sentiasa maju dalam dunia yang berubah.

Penghala WiFi 6 boleh didapati secara percuma mulai hari ini, untuk pelanggan baru yang mendaftar untuk pelan Maxis Fiber 100Mbps ke atas.

Pelanggan Maxis Fibre sedia ada akan dihubungi secara berperingkat untuk pelaksanaan peningkatan penghala.

Pada masa sama, orang ramai boleh mendaftar atau mengetahui lebih lanjut mengenai rancangan Maxis Fiber dengan melawati pautan https://www.maxis.com.my/en/broadband/.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2021 @ 2:59 PM