Terma & Syarat Pertandingan

a) Nama dan Logo Pertandingan
1) Nama rasmi bagi pertandingan ini Jaguh Dapur Harian Metro-Kimball 2018 (selepas ini dikenali sebagai “Pertandingan”).
2) Nama, logo, bentuk dan rupa logo adalah hak milik eksklusif The New Straits Times Press (M) Berhad (“Penganjur”) dan tidak boleh digunakan dalam mana-mana bentuk media atau promosi tanpa kebenaran terlebih dahulu.

b) Kelayakan Penyertaan
1) Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh penyertaan.
2) Pertandingan dibuka kepada jurumasak amatur sahaja. Individu yang memiliki kriteria-kriteria berikut adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai pertandingan ini:
a. Yang memiliki kelayakan katering tertier atau profesional secara formal dalam tempoh 10 tahun terakhir;
b. Yang pernah bekerja sepenuh masa di dapur sebagai jurumasak atau penyediaan makanan;
c. Yang dibayar untuk menyedia dan/atau memasak makanan segar dalam persekitaran dapur profesional seperti restoran, kafe atau establismen makanan bawa pulang melebihi enam bulan dalam satu-satu masa dalam 15 tahun terakhir;
d. Yang mengajar kelas masakan atau telah membuat demonstrasi masakan dan penyediaan makanan sama ada secara sambilan, separuh masa atau kontrak dalam tempoh 15 tahun terakhir; dan
e. Yang memperolehi pendapatan utama daripada menyedia dan/atau memasak makanan segar dalam persekitaran dapur profesional seperti restoran, kafe atau kantin.
3) Dengan menyertai Pertandingan ini, peserta membenarkan Penganjur dan/atau Campbell Soup Southeast Asia menjalankan pemeriksaan latar belakang bagi mengesahkan kelayakan mereka menurut peruntukan syarat-syarat seperti di atas.
4) Kakitangan Media Prima Berhad dan subsidiarinya, serta keseluruhan Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd (dan ahli keluarga terdekat kakitangannya) adalah tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.

c) Kandungan & Resipi Pertandingan
1) Semua resipi yang dihantar adalah ciptaan sendiri oleh peserta dan tidak pernah diterbit atau disiarkan dalam mana-mana media.
2) Semua resipi hendaklah menggunakan mana-mana rangkaian produk sos Kimball (Sos Cili Kimball, Sos Tomato Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball atau Mayonis Kimball) sebagai ramuan utama.
3) Setiap resipi hendaklah ringkas dan boleh disediakan dalam masa 30 minit (termasuk masa penyediaan dan masakan).
4) Saiz masakan adalah untuk hidangan empat hingga lima orang dengan kos resipi tidak melebihi RM25.

d) Cara Penyertaan
1) Pertandingan bermula pada 19 Februari 2018 dan berakhir pada 25 Mac 2018, iaitu selama lima minggu.
2) Semua penyertaan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada jam 11.59 malam pada 25 Mac 2018.
3) Semua penyertaan hendaklah disertakan resipi penuh (bahan dan sukatan yang digunakan, langkah, kos resipi) dan gambar hidangan beserta nama penuh mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan e-mel.
4) Peserta boleh menghantar seberapa banyak resipi asli yang mereka mahu.
5) Terdapat dua (2) cara penyertaan:
i. Layari https://www.hmetro.com.my/jaguhdapurkimball dan ikuti arahan yang tertera;
ii. Mendapatkan borang penyertaan di dalam akhbar Harian Metro.

e) Pengadilan Pertandingan
1) Pengadilan akan dijalankan oleh barisan panel pakar masakan daripada jurumasak profesional, Kimball dan Harian Metro.
2) Setiap penyertaan akan diadili melalui:
i. Penggunaan sos Kimball (Sos Cili Kimball, Sos Tomato Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball atau Mayonis Kimball);
ii. Jumlah masa yang ditetapkan untuk menyedia dan memasak iaitu selama 30 minit;
iii. Kos resipi;
iv. Kreativiti resipi;
v. Keaslian resipi.
3) Jika berlaku keputusan seri, penyertaan yang mencatat markah tertinggi dalam kategori Kreativiti akan menjadi pemenang.
4) Keputusan panel pengadilan adalah adalah muktamad dan tiada bantahan akan dilayan.

f) Hadiah
1) Hadiah pertandingan adalah berdasarkan:
i. Hadiah Utama: RM10,000 + Trofi + Bekalan produk Kimball untuk satu (1) tahun + Kolum memasak khas dalam seksyen Hati di akhbar Harian Metro
ii. Tempat Ke-2: RM5,000 + Trofi + Bekalan produk Kimball untuk tiga (3) bulan
iii. Tempat Ke-3: RM3,000 + Trofi + Bekalan produk Kimball untuk satu (1) bulan
iv. Hadiah Ke-4 & Ke-5: RM500 + Hamper Kimball
v. Hadiah Mingguan: Baucar tunai RM200 dan hamper Kimball kepada 5 pemenang mingguan
2) Setiap pemenang hanya berhak memenangi satu (1) hadiah mingguan sahaja, serta berpeluang untuk memenangi hadiah peringkat separuh akhir dan akhir.

g) Format Pertandingan
25 pemenang mingguan akan dipilih pada setiap minggu. Daripada kelompok hadiah mingguan, panel pengadilan, mengikut budi bicaranya, akan memilih 10 peserta yang telah menghantar resipi terbaik bagi bertanding memasak di peringkat separuh akhir.

1) Peringkat Separuh Akhir
i. Acara ini akan diadakan pada tarikh dan lokasi yang akan dimaklumkan kelak.
ii. Peserta akan dikehendaki memasak berdasarkan resipi yang dihantar.
iii. Kriteria pengadilan adalah:
• Rasa
• Persembahan hidangan
• Kreativiti
• Keaslian
iv. Jika berlaku keputusan seri, penyertaan yang mencatat markah tertinggi dalam kategori Kreativiti akan menjadi pemenang.
v. Pengadilan akan dijalankan oleh barisan panel pakar masakan daripada jurumasak profesional, Kimball dan Harian Metro.
vi. Semua peserta separuh akhir akan mendapat cenderahati.
vii. Lima (5) peserta terbaik, mengikut budi bicara panel pengadilan, akan layak ke pertandingan Akhir.

2) Peringkat Akhir
i. Acara Akhir akan diadakan pada tarikh dan lokasi yang akan dimaklumkan kelak.
ii. Finalis dikehendaki memasak satu masakan utama dan satu masakan sampingan berdasarkan tema dan masa yang diberikan.
iii. Kriteria pengadilan adalah:
• Rasa
• Persembahan Hidangan
• Kreativiti
• Keaslian
iv. Jika berlaku keputusan seri, penyertaan yang mencatat markah tertinggi dalam kategori Kreativiti akan menjadi pemenang.
v. Pengadilan akan dijalankan oleh barisan panel pakar masakan daripada jurumasak profesional, Kimball dan Harian Metro.
vi. Hadiah untuk tiga (3) peserta terbaik, mengikut budi bicara panel pengadilan, akan menerima hadiah wang tunai seperti yang dijelaskan dalam perenggan f) seperti di atas.

h) Lain-lain
1) Penganjur berhak untuk meminda atau mengubah tarikh atau hadiah tanpa notis terlebih dahulu.
2) Semua resipi, langkah dan gambar untuk penyertaan ini akan menjadi hak milik penganjur sepenuhnya. Penganjur berhak menggunakan resipi dan gambar untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran.
3) Pemenang bertanggungjawab ke atas semua kos semasa penglibatan di dalam pertandingan ini.
4) Keputusan panel pengadilan adalah muktamad dan tiada bantahan akan dilayan.
5) Maklumat mengenai perlindungan data peribadi boleh diperolehi melalui https://www.mediaprima.com.my/personal-data-protection-notice/