Bertemankan rona semula jadi hitam, coklat, putih dan kelabu, himpunan musim bunga Clarks 2017 menampilkan sepatu bergaya yang bukan saja dipakai untuk acara santai tetapi juga musim perayaan.

Inspirasi daripada gaya hidup moden, potongan yang teliti ditambah perincian warna menjadikan koleksi kali ini perlu ada dalam simpanan anda. Antara yang diketengahkan adalah kasut sukan yang penuh kekemasan pada bahagian sisi, lebih kontemporari serta hadir dalam palet rona mewah.

Menggunakan teknologi tinggi dalam pertukangan, bahan kusyen yang digunakan memberikan ketahanan, keupayaan berjalan dalam tempoh lama dan tidak menyakitkan.

Kasut jenis Veg Mocc menawarkan keterampilan si pemakai apabila menggunakan perincian kulit dalam pembuatannya. Rona semula jadi mampu membangkitkan keceriaan pada musim panas ini.

Kesemua koleksi Clarks musim bunga ini sesuai dipakai sama ada dengan padanan kemeja, kemeja-T atau jaket. Juga padanan baju Melayu atau kurta pada pagi lebaran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2017 @ 3:51 AM