Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my


Dengan peralihan musim dalam Bally, koleksi musim sejuk dan luruh 2017 menawarkan kualiti yang mengembalikan nostalgia dengan banyak peningkatan dan penambahan yang menarik berbanding koleksi sebelum ini.

Bally tidak terkecuali untuk mengulangi semula kegemilangan lalu pada musim yang akan datang. Koleksi ini menjelaskan mereka cuba menguji pasaran untuk langkah seterusnya.

Ia koleksi yang menempatkan beberapa helaian yang unik dan tersendiri dan secara keseluruhan, terdapat banyak ruang untuk memainkan koleksi ini berdasarkan gaya peribadi peminat jenama ini.

Selain itu, Bally turut fokus kepada usaha untuk menarik minat orang muda dengan menampilkan koleksi aksesori dan kasut yang unik.

Selain itu, seleksi kasut juga mendapat inspirasi daripada pengaruh besar 1960-an dengan potongan Janelle Buckle. Pertama kali muncul pada 1969, gaya itu masih tampak menarik sampai kini walaupun selepas hampir setengah abad diperkenalkan.

Menyuntik elemen kelab lelaki pada era 1970-an, koleksi musim ini juga tampil berbeza dengan pakaian malam mewah dan sukan urban, dihiasi dengan cetakan haiwan, motif yang diilhamkan daripada daun terup dan hati kristal Swarovski.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Ogos 2017 @ 2:36 PM