Peserta terjatuh ketika melalui laluan turun bukit yang mencabar.
TIMBALAN Pengarang Kumpulan Harian Metro, Abdul Ghafar Ismail (kanan) berbual dengan peserta Arsat Nordin, 65.
Aksi peserta kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Nibong Tebal: Kejohanan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 yang berlangsung di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Nibong Tebal mendapat sambutan yang amat mengalakkan apabila seramai 1,300 peserta dari dalam dan luar menyertainya.

Selain kategori Jamboree dan XC Metro, sirkit ketiga berkenaan turut membabitkan kayuhan kategori VIP yang disertai oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof, Pengarah Kampus Kejuruteraan USM Prof Zainal Arifin Mohd Ishak dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad.

Baki dua lagi perlumbaan ialah di sirkit 4 di Asahan Melaka pada 28 dan 29 November diikuti pula di Hulu Selangor pada 27 dan 28 Disember depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:14 AM