BUAH engkabang hasilkan minyak masak dan mentega asli.
BUAH engkabang hasilkan minyak masak dan mentega asli.
Oleh Abd Rahman Adam

Miri: Lazimnya, kita mengetahui minyak dihasilkan sama ada daripada buah zaitun, kelapa, jagung dan kelapa sawit, tetapi tidak bagi masyarakat Iban.

Bagi orang Iban, minyak juga boleh dibuat menggunakan buah ‘helikopter’ atau dalam bahasa Iban dikenali sebagai buah bilun.

Buah ini mempunyai pelepah kecil di sekelilingnya yang kelihatan seolah-olah bilah kipas helikopter dan ia digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat itu sebagai minyak.

Apabila ia gugur dari pokoknya, buahnya akan jatuh secara berputar bagaikan helikopter hendak mendarat sebelum jatuh ke tanah.

Di Bumi Kenyalang ini, buah yang dimaksudkan itu ialah engkabang. Mungkin ramai yang tidak pernah dengar mengenainya, ini kerana pokok engkabang banyak tumbuh di kawasan pedalaman Sarawak termasuk di sekitar Sungai Rajang.

Pada zaman dulu, minyak engkabang digunakan secara meluas oleh masyarakat Iban, malah ia sangat sesuai digunakan memasak nasi goreng kerana harumannya akan membuatkan hidangan menyelerakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:13 AM