Kajang: Tindakan pantas sekumpulan penduduk di Flat Taman Kota Cheras di sini, berjaya memberkas seorang penjenayah remaja meragut beg tangan wanita.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, suspek bersama seorang lagi rakan penjenayah menyamun seorang wanita berusia 20 tahun ketika berjalan bersendirian di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa mendakwa suspek meragut beg tangannya.

Menurutnya, mangsa turut ditolak hingga terjatuh sebelum dua lelaki terbabit melarikan diri.

“Wanita ini menjerit meminta bantuan sebelum beberapa individu di kawasan berkenaan datang membantu mangsa.

“Orang ramai kemudiannya mengejar suspek dan menahan salah seorang daripada suspek manakala seorang lagi berjaya melarikan diri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:56 AM