DR Abdullah Hassan (kanan) menerima cenderahati daripada Dr Shahrin Sahib.
DR Abdullah Hassan (kanan) menerima cenderahati daripada Dr Shahrin Sahib.

Melaka: Bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ilmu, Universiti Teknikal Melaka (UTeM) menganjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat universiti yang berakhir hujung bulan ini .

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, program itu yang bermula sejak 1 Oktober hingga 30 November bertujuan menyemarak dan menggalakkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar UTeM.

Beliau berkata, masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ilmu bergantung kepada rasa bangga rakyat Malaysia memperjuangkannya.

“Saya percaya usaha memartabatkan bahasa Melayu akan memperkukuhkan penggunaannya merentasi pelbagai bidang di institut pengajian tinggi (IPT),” katanya pada majlis syarahan bertajuk Fenomena Bahasa Rojak Dalam Pemerkasaan Bahasa Melayu oleh Karyawan Tamu Jabatan Media Universiti Malaya Prof Emiritus Dr Abdullah Hassan sempena Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan di Dewan Seminar UTeM, di sini, semalam.

Hadir sama, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti) Profesor Datuk Dr Zolkepli Buang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 7:41 AM