Oleh Nazdy Harun

Kuala Berang: “Tiga malam berturut-turut saya bermimpi anak meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat Istikharah dan saya reda dengan ketentuan Ilahi ini,” kata Khatijah Omar, 59, ibu kepada Mohd Razali Mohd, 29, yang ditemui dalam keadaan hanya tinggal rangka di tepi Jalan Aring-Kenyir, dekat sini.

Menurutnya, malam sebelum anaknya didapati hilang pada 24 Oktober lalu, anaknya itu sempat membasuh baju dan menyimpan sebahagian pakaiannya untuk dibawa ke Besut bagi mengikuti pengajian agama.

Katanya, kira-kira jam 12 tengah malam, anaknya keluar rumah bertemu rakan namun tidak berapa lama kemudian dia pulang semula untuk mengambil telefon bimbitnya.

“Kira-kira jam 2 pagi sekali lagi anak saya keluar untuk bertemu rakan namun saya tidak sempat bertanya ke mana dia pergi kerana biasanya hanya bertemu rakan di sekitar kampung ini.

“Bagaimanapun, ketika mahu mengejutkannya untuk menunaikan solat Subuh, saya mendapati tiada di dalam bilik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Tersat, dekat sini, semalam.

Katanya, gusar memikirkan kehilangan anak keenam daripada sembilan beradik itu suaminya Mohd Muda, 63, membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang.

Sepatutnya, sebelah pagi anak saya bertolak ke Besut, namun yang tinggal hanya beg berisi pakaian kerana dia tidak pulang selepas keluar dari rumah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 6:33 AM