HAFIZ memberi kata-kata nasihat kepada Rosli.
Oleh Nazdy Harun

Kuala Terengganu : “Angkara dadah, rumah tangga yang dibina sejak 18 tahun lalu musnah sekelip mata,” kata Rosli, 53, (bukan nama sebenar) penghuni Pusat Khidmat Pulih dan Rawat (CCSC), kendalian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini.

Menurut Rosli, tiga bulan lalu isterinya menuntut cerai di Mahkamah Syariah kerana tidak tahan dengan perangai buruknya itu.

Katanya, dia mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah sejak 35 tahun lalu dan tabiatnya itu semakin parah sehingga terpaksa membelanjakan RM200 hingga RM300 sehari bagi membeli bekalan dadah.

“Pernah saya membeli dua botol heroin dengan harga RM800 dan 10 biji pil kuda berharga RM110 untuk dijadikan stok melepaskan gian dalam tempoh dua minggu.

“Pendapatan lumayan sehingga mencecah RM4,000 sebulan hasil bekerja sebagai petugas kapal membolehkan saya membelanjakan sebahagian wang itu untuk membeli dadah.

“Akibat terlalu kemaruk dadah saya pernah menyuntik bahan terlarang itu ke dalam badan lebih 15 kali sehari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:10 AM