ANGGOTA penyelamat membantu mangsa yang cedera parah.
Oleh Arifin Salleh

Melaka: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh jentera penurap jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, Bertam Malim, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa, Mohd Sahidin Zamanhuri, 20, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut sumber, mangsa yang menetap di Kampung Taboh Naning, Alor Gajah, menunggang Yamaha TZM bersama beberapa rakan lain menghala ke Bandar Melaka sebelum hilang kawalan setibanya di tempat kejadian.

Mohd Sahidin yang menunggang di lorong kanan dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terlanggar bahagian bucu jentera penurap jalan yang baru hendak memulakan kerja di situ.

"Difahamkan, sebelum kejadian, beberapa pekerja kontraktor meletakkan jentera penurap jalan di sebelah lorong kanan untuk kerja penurapan jalan sebelum motosikal mangsa merempuh jentera itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:01 AM