CHE Hasni (kiri) memeriksa lori yang membawa lebih muatan.
Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kajang: Segelintir pengusaha lori ‘hantu’ dikesan mengubah suai kenderaan berat dimiliki untuk membawa muatan mencecah berat sehingga melebihi 43 tan.

Jumlah berat itu dianggap tidak munasabah berikutan kebanyakan lori ini hanya dibenarkan mengisi tanah, batu atau pasir seberat tidak melebihi 24 tan.

Mereka dikesan hanya beroperasi sekitar jam 3 hingga 6 pagi setiap hari di kawasan Batu 9, Hulu Langat berikutan yakin pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan melakukan operasi pada waktu itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila pemandu lori itu langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya dengan menggunakan laluan awam untuk ke tapak pembinaan.

Tindakan mereka ini bagaimanapun dibongkar pihak SPAD yang melakukan operasi ‘Ops Hippo’ di sekitar kawasan itu bermula jam 4 pagi semalam.

Hasil operasi itu, 10 lori yang membawa muatan berlebihan ditahan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi bersepadu berkenaan membabitkan 32 pegawai dan anggota penguat kuasa SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:08 AM