MAYAT warga Bangladesh ditemui di tapak kongsi di Bayan Lepas, semalam.

Georgetown: Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh mati dipercayai akibat serangan jantung di sebuah tapak projek di Sungai Tiram, Bayah Lepas di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 2 petang selepas mangsa yang dikenali sebagai Kamal, 27, mengadu sakit dada kepada rakannya sebelum dia dipapah keluar untuk dibawa ke Hospital Balik Pulau.

Bagaimanapun, sejurus tiba di pintu masuk tapak projek berkenaan, Kamal rebah dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah hin berkata, siasatan mendapati mangsa disahkan mati selepas ambulans tiba untuk membawanya ke hospital.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 5:11 AM