DARI kiri, Fauzee, Noramin, Fauzelina dan Sazelee melihat trofi dan sijil yang dimenangi pada majlis Graduasi KEDA, semalam.
Oleh Nur Syazwana Mansor


Sik: Hasrat arwah ibu yang mahukan dia menjadi seorang guru menjadi pendorong kepada Muhamad Fauzee Abu Bakar, 23, untuk bangkit semula daripada kegagalan dan belajar bersungguh-sungguh dalam bidang diminatinya.

Muhamad Fauzee antara 693 graduan Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang menerima Anugerah Khas Pengerusi KEDA pada Majlis Graduasi KEDA kali ke-9 yang diadakan di Kolej KEDA, di sini, semalam.

Graduan yang berasal dari Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau, Sungai Petani itu berkata, arwah ibunya, Salmah Din mahu dirinya menjadi seorang guru selepas tamat belajar tingkatan enam selain mahu mengubah nasib keluarga yang selama ini bergantung hidup pada sumber pendapatan bapanya, Abu Tahir Musa, 57, yang bekerja sebagai penoreh getah.

“Namun begitu, hasrat ibu itu tidak dapat saya tunaikan ketika itu apabila saya gagal mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), sekali gus tidak mendapat sebarang tawaran untuk melanjutkan ke menara gading.

“Selepas ibu saya meninggal pada tahun 2009, saya banyak mengambil alih tempat ibu di dapur dan sering menyediakan makanan untuk ayah dan adik beradik lain. Dari situ timbul minat saya untuk mempelajari bidang makanan dan masakan ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:14 AM