KEADAAN kereta mangsa yang melanggar pembahagi jalan.
Oleh Zulfa Mohamad

Kepala Batas ; Empat wanita warga Indonesia tidak sempat bercuti ke Singapura berikutan dua daripada mereka maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 120.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua dekat sini, petang semalam.

Kejadian berlaku jam 5.50 petang ketika kenderaan pelbagai guna Proton Exora dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan tersepit.

Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah penumpang dikenali sebagai Sharifah Sumarno, 39, dan Ainun Mardhiah, 34, manakala dua lagi yang cedera dikenali sebagai Fitri Wahyuni, 21, yang memandu kenderaan berkenaan dan Megawati Samsurizan, 19.

Menurut sumber, mangsa baru menghadiri majlis konvokesyen saudara mereka di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah sebelum pulang untuk menziarahi rumah saudara lain di Permatang Pauh.

Katanya, ketika di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan menyebabkan dua daripada mereka tersepit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:15 AM