Melaka: Seramai 8,758 banduan menamatkan tempoh pemulihan mereka di luar penjara dengan baik selepas menerima perintah parol sejak 2008.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim berkata, perintah parol itu diberikan kepada banduan yang melakukan kesalahan ringan dan sudah menjalani separuh atau lebih daripada tempoh hukuman mereka di penjara.

“Parol boleh diibaratkan sebagai peluang kedua kepada banduan untuk menjalani kehidupan lebih baik bersama keluarga.

“Tujuannya adalah bagi melatih banduan hidup berdikari di luar penjara dengan sokongan ahli keluarga dan menambah keyakinan diri mereka bersama masyarakat sekitar,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Perasmian Outreach di Penjara Sungai Udang, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 7:24 AM