PEMBACA setia Harian Metro menebus tiket percuma ke Taman Tema I-City.

Kuala Lumpur: Pembaca setia Harian Metro (HM) masih berpeluang menebus tiket percuma ke Taman Tema [email protected] i-City sempena Gempak Santai sehingga esok.

Selain bercuti membawa keluarga, pengunjung turut berpeluang mendapatkan pakej promosi daripada i-City dengan harga RM49 dan i-card percuma bernilai RM10.

Antara pakej Snow Walk dan Space Mission, Red Carpet dan Typhoon, Adventure Studio, Typhoon dan House of Horror serta Water World dan Treat Art sekiranya menebus tiket hari ini dan esok.

Orang ramai boleh melakukan penebusan tiket percuma ke taman tema [email protected] i-City di Anjung Liku, Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Bangsar.

Penebusan tiket bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang dengan syarat membawa 20 keratan kepala akhbar Harian Metro atau Metro Ahad terbitan bermula 24 November 2014 dan mereka diberi dua tiket masuk.

Sebanyak 15,000 tiket percuma ditawarkan dan pengunjung mempunyai pilihan memilih tarikh 13 atau 14 Disember ini untuk berkunjung ke taman tema berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 9:06 AM