Kuala Lumpur: Sebanyak 144 majikan didenda oleh mahkamah sebanyak RM232,100 pada suku ketiga tahun ini kerana gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh ditetapkan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Naim Daruwish berkata dari Julai hingga September tahun ini, KWSP sudah mengemukakan nama 304 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen bagi menghadkan mereka daripada meninggalkan negara sehingga menyelesaikan tunggakan caruman.

Pada tempoh sama, sebanyak 227 saman sivil dan 645 kes jenayah difailkan terhadap pengarah syarikat dan majikan yang tidak mencarum untuk pekerja mereka, katanya dalam satu kenyataan.

Aduan mengenai majikan yang tidak mencarum boleh dibuat di cawangan KWSP atau dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 dari 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.

Selain itu, ahli juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan secara online melalui myEPF di http://.kwsp.gov.my- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 9:00 AM
Digital NSTP Subscribe