Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my

Tumpat: “Kamu jangan ikut aku, aku nak pergi jauh,” itu antara kata-kata terakhir Che Muhamad Anuar Che Hassan, 17, yang menjadi mangsa korban terbaru banjir di negeri ini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi, dia lemas selepas terjatuh ke dalam banjir sedalam 1.4 meter di hadapan rumahnya di Kampung Telok Jering, Pengkalan Kubor, di sini.

Kakaknya, Che Haslina, 21, berkata, sebelum kejadian, adiknya bersama ibu mereka, Kalsom Ismail, 56, sedang berehat di bahagian hadapan rumah.

“Ketika itu, dia tiba-tiba terjatuh ke dalam air dan kami percaya dia diserang sawan.

“Adik mempunyai penyakit sawan sejak setahun lalu, tetapi biasanya ia menyerang sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan. Cuma dua minggu kebelakangan ini, ia semakin kerap,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tumpat, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:21 AM