X

New Delhi: Tentera Laut India menyediakan tiga kapal dan sebuah pesawat pemantauan maritim untuk kemungkinan membantu dalam misi menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dilaporkan hilang, lapor media India.

Maklumat itu ditweet editor bersekutu India Today, Manu Pubby dan Sehesh Alex Philip, wartawan Press Trust of India.

Menurut laporan itu, antara aset yang sedia digerakkan ialah tiga kapal dan sebuah pesawat Boeing P8-I.

Sebuah portal OneIndia pula memetik jurucakap tentera laut Kapten D K Sharma yang mengesahkan sebuah kapal peronda luar pesisir (OPV) sudah mula belayar. -BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:17 AM