Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cuba memperkosa rakan sebaya di dalam tandas selepas meniru aksi hubungan kelamin dilakukan ibu bapanya.

Dalam kejadian 22 Disember lalu, kanak-kanak lelaki itu dikatakan menarik mangsa ke dalam tandas di medan selera Taman Keramat, di sini.

Suspek memaksa rakannya membuka baju sebelum cuba melakukan persetubuhan.

Kejadian itu terbongkar selepas ibu saudara mangsa yang mengetahui kejadian itu menceritakan perbuatan jenayah itu kepada bapa kanak-kanak perempuan berkenaan, semalam.

Sumber polis berkata, bapa mangsa bertanyakan perkara itu kepada anaknya bagi mendapatkan kepastian.

“Mangsa memberitahu rakannya cuba memasukkan kemaluan ke dalam alat sulitnya.

“Kejadian itu berlaku tiga kali di tempat sama sebelum ini, namun mangsa tidak menceritakan perkara itu kepada bapanya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:15 AM