NOR Qistina Afieka di sisi ibunya, Norazilawati yang terlantar di rumah akibat barah otak.
Oleh Safuri Kamarudin

Baling: Hanya ajal saja mampu memisahkan hubungan dan kasih sayang antara seorang lelaki dengan isterinya yang terlantar sejak disahkan menghidap barah otak kira-kira dua tahun lalu sehingga keadaan kedua-dua belah matanya mengalami kerosakan teruk.

Abdullah Hassan, 31, dari Kampung Sira Ulu, dekat sini, berkata, dia menjaga keperluan isteri Norazilawati Abdullah, 32, termasuk makan minum demi kasih sayang tidak berbelah bahagi terhadap wanita berkenaan.

Menurutnya, pada peringkat awal isterinya sekadar mengadu rasa pening dan muntah lalu dibawa untuk menerima rawatan awal di Hospital Baling, namun kesakitan berkenaan didapati berulang-ulang menyebabkannya mula tidak sedap hati.

Katanya, isterinya kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan doktor mengesahkan wanita berkenaan menghidap barah otak.

“Isteri saya terpaksa menjalani pembedahan dua kali di kepala dan keadaannya bertambah teruk apabila penyakit itu merebak di bahagian mata sehingga mata kanannya terpaksa dibedah dan mata sebelah kiri pula membengkak dan tidak boleh lagi melihat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:19 AM