EMMA dan Zizan.
Oleh Wahi Aziz

Kuala Lumpur: Pelakon Emma Maembong mengesahkan hubungan cintanya dengan pelawak Zizan Razak sudah berakhir, dia belum bersedia memberikan penjelasan lanjut mengenai apa yang menjadi punca perpisahan mereka.

“Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya,” katanya secara ringkas menerusi khidmat mesej WhatsApp kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Ketika ditanya apa yang menyebabkan hubungan mereka berakhir, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 23, cuma memberitahu dia belum bersedia untuk berkongsi perkara itu dan akan bercerita lanjut apabila sudah bersedia kelak.

“Minta maaf saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham,” katanya.

Ura-ura keretakan hubungan Emma dan Zizan atau Mohd Razizan Razak, 31, mula diperkatakan beberapa minggu lalu, namun pada ketika itu kedua-duanya menyangkal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 7:59 AM