Oleh Wahi Aziz

Kuala Lumpur: “Saya tak tahu nak cakap apa dah. Saya biarkan sajalah mereka nak bercakap apapun,” kata pelakon Kamal Adli apabila namanya dikatakan sebagai punca hubungan pelawak dan pengacara Zizan Razak dengan kekasihnya pelakon Emma Maembong berakhir.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 28, yang dihubungi meminta isu hubungan pasangan itu tidak dikaitkan dengan dirinya.

Katanya lagi, dia juga menyelar sekeras-kerasnya dakwaan yang ditimbulkan kononnya dia menjadi punca perpisahan mereka.

“Takkanlah saya nak merampas kekasih orang? Janganlah pandai-pandai nak tuduh. Gara-gara perpisahan mereka, nama saya pula dikaitkan.

“Bukan saya yang menjadi punca. Kami (dengan Emma) hanyalah rakan kerja yang terbabit dalam drama Cinta Tanpa Syurga. Tidak lebih daripada itu,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Emma mengesahkan hubungannya dengan Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 31, sudah berakhir baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 7:33 AM