CILI merah antara barangan kawalan harga yang mempunyai bekalan mencukupi.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: Harga sayur di kebanyakan pasar utama di ibu negara masih lagi dianggap terkawal berbanding minggu sebelumnya.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit, Pasar Besar Gombak dan Pasar Borong Selayang, semalam, mendapati kebanyakan peniaga menjual sayuran mengikut harga pasaran.

Harga cili merah (besar) kini dijual pada harga RM7 sekilogram berbanding minggu lalu sekitar RM11 manakala kubis, turun 80 sen kepada RM2.50 (sekilogram).

Peniaga, Das Mohan, 58, berkata turun naik harga sayuran adalah fenomena biasa terutama selepas sesuatu bencana kerana semuanya bergantung kepada bekalan.

Tegas Das, jika bekalan mencukupi dan diperoleh dengan harga murah tidak mungkin sayuran berkenaan dijual terlalu mahal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 6:50 AM