Oleh Fardy Bunga

Kuala Lumpur: Keputusan berkahwin dengan lelaki berusia 25 tahun lebih muda menyebabkan seorang guru sengsara apabila kerap dibelasah selain didera suaminya itu.

Malah, lelaki terbabit turut bertindak di luar batasan apabila turut mengugut mahu memperkosa anak tirinya selain membunuh mangsa.

Dalam kejadian terbaru jam 3 petang Jumaat lalu, mangsa yang berusia 50 tahun mendakwa menghantar suaminya itu untuk bekerja di sebuah stesen minyak berhampiran Salak Tinggi di sini.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun dikatakan bertengkar dengan suaminya itu di dalam kereta.

Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun bertindak memukul selain memaki hamun mangsa yang ketika itu sedang memandu kenderaan itu.

“Difahamkan mangsa kerap dipukul suaminya walaupun mereka baru melangsungkan perkahwinan tidak sampai tiga bulan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 7:13 AM