MAZLAN menunjukkan maklumat palsu yang disebarkan pasangan terbabit menerusi WhatsApp.
Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Sepasang suami isteri yang mengajar di sekolah kebangsaan di Kedah ditahan, kelmarin, kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penemuan mayat bergelimpangan akibat banjir di Kuala Krai, baru-baru ini.

Mereka berusia 43 dan 45 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan di sebuah rumah di Kodiang, Kedah pada jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, pasangan terbabit kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Mesej daripada aplikasi WhatsApp itu yang menyatakan penemuan mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai selepas banjir surut mula tersebar sejak 27 Disember lalu menyebabkan orang ramai panik.

“Pasangan guru itu masing-masing berasal dari Bachok dan Kedah ditahan selepas kami mendapat maklumat lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 7:45 AM