Oleh Norhadiani Baharom dan Ridzuan Abdul Rahman
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Tanya dia kerana dia yang masukkan gambar itu di Instagram. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham. Saya minta maaf.”

Demikian kata konduktor muzik dan komposer popular, Datuk Ramli MS berhubung tindakan isterinya, Alyah, 34, yang juga penyanyi popular memuat naik gambar dia bersama seorang wanita semalam.

Alyah yang popular dengan lagu Sesal Separuh Nyawa petang semalam, mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar Ramli bersama seorang wanita dalam Instagram miliknya.

Gambar itu dimuat naik berserta status, “Ya Allah Ya Tuhan ku, sekiranya aku menganiaya hamba Mu yang lain, Kau tuntunlah aku untuk kembali ke jalan Mu. Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon pada Mu Ya Allah SWT, Kau angkatlah doa ku juga dengarlah kesedihan ku Ya Allah SWT. Kalau tidak pernah mencintai saya, kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagi kah pengorbanan yang saya lakukan?

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 7:58 AM