ABDUL Rahim bersama wakil Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menunjukkan beras kampit antara barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
ABDUL Rahim bersama wakil Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menunjukkan beras kampit antara barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Oleh Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan demonstrasi ketenteraan membabitkan semua cabang perkhidmatan, minggu depan bagi menguji tahap kekuatan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman musuh di Sabah.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, demonstrasi dijadualkan diadakan di sini pada 23 Januari ini menggabungkan pelbagai aset ketenteraan dan persenjataan daripada tentera darat, laut dan udara.

Menurutnya, tumpuan utama demonstrasi itu adalah untuk menguji kuasa tembakan setiap cabang ATM dalam mematahkan serangan dan cubaan pihak musuh mengganggu keamanan serta menceroboh kedaulatan negara.

“Kita akan mengadakan demonstrasi ketenteraan secara besar-besaran di Sabah yang akan menunjukkan (keupayaan) ketenteraan kita selain sebagai amaran kepada mereka yang cuba mengganggu keamanan dan menceroboh kedaulatan negara kita.

“Sebelum ini, kita mengadakan demonstrasi di Tawau menggunakan pesawat Hawk,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan beberapa agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, di sini, semalam untuk diagihkan kepada kira-kira 300 mangsa banjir di Kudat dan Pitas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kudat berkata, demonstrasi itu adalah antara langkah diambil Kementerian Pertahanan ke arah memantapkan sistem pertahanan ketenteraan di Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:17 AM