YANA dan Fadzil selepas sah bergelar suami isteri.
YANA dan Fadzil selepas sah bergelar suami isteri.
Oleh Redzuan Muharam

Yong Peng : Percintaan selama tujuh tahun antara pelakon Yana Samsudin, 31, dan pasangannya, Fadzil Zahari, 32, membawa ke jenjang pelamin apabila mereka selamat diijabkabulkan di sini, semalam.

Majlis pernikahan itu berlangsung di kediaman keluarga Yana di Taman Kota Impian, di sini, jam 4.15 petang dengan Fadzil melakukan sekali lafaz di hadapan Imam Shamsul Rizalaris Abdul Hamid.

Selesai akad nikah, Fadzil menyarungkan cincin ke jari Yana dan menyerahkan mas kahwin RM10,000 serta wang hantaran RM50,000

Pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas tujuh dulang.

Yana kelihatan anggun mengenakan persalinan berwarna putih krim rekaan Biancamimosa menerima hantaran senaskah al-Quran, telefon bimbit, kek dan tepak sirih.

Pengantin perempuan pula membalas senaskhah al-Quran, komputer riba, cincin platinum, sirih junjung, telefon bimbit, set wangian dan jam tangan.

Yana atau nama sebenarnya Norliana mengaku gementar untuk majlis pernikahan itu, namun bersyukur kerana ia berjalan lancar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:31 AM