MANGSA dalam keadaan berlumuran darah akibat kejadian itu.
MANGSA dalam keadaan berlumuran darah akibat kejadian itu.
Oleh Mohd Rizal Abdullah
[email protected]prima.com.my

Kuala Lumpur: Kejam dan melampau. Itu gambaran tindakan seorang perompak yang menyerang jururunding teknologi maklumat yang berurusan di mesin deposit sebuah bank.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa berusia 40-an bermandi darah selepas dikelar penjenayah di bank terletak di PJU/20, Kota Damansara di sini.

Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kasim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di dalam bank untuk menyimpan wang tunai sebelum didatangi suspek bersenjatakan pisau.

Menurutnya, rakan penjenayah yang menunggang motosikal dipercayai menunggu di luar bank ketika itu.

“Suspek kemudian memaksa mangsa mengeluarkan semula wang tunai RM1,000 yang baru dimasukkan mangsa ke mesin deposit di bank itu.

“Suspek kemudian cuba merampas kad pengeluaran wang automatik (ATM) mangsa mengakibatkan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 9:01 AM