Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera di mata kanan selepas ditikam menggunakan garpu oleh rakannya.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, mangsa diserang rakannya selepas bertengkar di sebuah restoran di Tasik Permai, Ampang.

Sumber berkata, mangsa ditikam rakannya berusia lewat 20-an selepas suspek berang dan meminta mangsa membayar semula tunggakan hutang.

Menurutnya, mangsa berjumpa suspek untuk menyelesaikan tunggakan hutang bayaran ansuran kereta miliknya.

“Mangsa sebelum ini menyerahkan keretanya itu kepada suspek untuk proses sambung bayar. Namun suspek tidak membayar wang bulanan kenderaan itu selama tiga bulan menyebabkan kereta itu dirampas pihak bank.

“Susulan itu mangsa dan suspek bertemu di restoran berkenaan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Selepas 10 minit berbincang, mangsa mendesak suspek membayar tunggakan untuk mengelakkannya daripada disenarai hitam pihak bank,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 8:33 AM