NUR Amirah melakukan persiapan bersama suaminya.
NUR Amirah melakukan persiapan bersama suaminya.
Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: “Doakan kedua-dua ‘hero’ saya, Muhd Aril Zafran (lapan bulan) dan suami, Jamilulehsan Mohd Taridi, 28, selamat menjalani proses pembedahan pemindahan hati ketika kami di Shanghai, China nanti,” kata Nur Amirah Syazwani Pandi, 22.

Nur Amirah, ibu bayi lelaki yang menghidap penyakit hati kronik atau Biliary Atresia sejak berusia dua bulan berkata, mereka bersama seorang wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor akan berlepas pada jam 9.30 pagi ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Shanghai, China.

Menurut Nur Amirah, dia sebelum ini gusar apabila masalah hati berlemak mengakibatkan dia tidak dapat menderma, namun lega apabila Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan darah suaminya sesuai untuk menderma.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan pada ketika ini, bercampur baur dengan berdebar-debar, takut, tetapi gembira dan sedih.

“Saya berharap tiada komplikasi selepas pembedahan nanti. Saya mahu Muhd Aril sihat seperti kanak-kanak lain walaupun terpaksa bergantung kepada ubat seumur hidup selepas ini,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 9:52 AM