X
Oleh Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Kadar perceraian yang direkodkan di negeri ini pada tahun lalu agak membimbangkan iaitu sebanyak 2,455 pasangan berbanding sejumlah 11,415 jumlah perkahwinan didaftarkan.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong berlaku perceraian termasuk perselisihan faham, kehadiran orang ketiga serta masalah kewangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusof berkata, menyedari kerapuhan institusi kekeluargaan, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mengambil inisiatif mengadakan program Majlis Resepsi Walimah Perdana 1Terengganu (MRWP1T).

Menurutnya, program MRWP1T itu lanjutan daripada Program Pasca Perkahwinan Bulan Madu Kedua diperkenalkan kerajaan negeri enam tahun lalu.

“Melalui program MRWP1T, seramai 791 pasangan dibawa mengikuti kursus disediakan YPKT dan daripada jumlah itu hanya lapan pasangan meneruskan hasrat untuk bercerai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:35 AM