ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan jari telunjuk budak lelaki yang tersepit pada lantai pemijak papan gelongsor taman permainan Sungai Acheh.
Oleh Azma Razana Johari

Nibong Tebal: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir tiga jam selepas jari telunjuk tangan kirinya tersepit di celah lubang lantai papan gelongsor di Taman Permainan Sungai Acheh, di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 6 petang, kanak-kanak berusia 5 tahun itu bermain di taman permainan berkenaan bersama beberapa rakannya.

Seorang jirannya berkata, ibu kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ikhwan itu datang ke rumahnya untuk meminta pertolongan mengeluarkan jari anaknya yang tersepit di celah lubang lantai papan gelungsur itu.

“Saya cuba menarik jari Ikhwan keluar namun gagal kerana jarinya mula membengkak.

“Berikutan itu, saya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:52 AM